.jpg)
Selamat Datang kepada semua pengunjung yang dihormati. TADIKA kami adalah TADIKA yang berdaftar dan mendapat kelulusan daripadan JPN. TADIKA kami juga mempunyai guru yang berkelayakan dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak serta mempunyai pengalaman dan kemahiran yang setaraf dan sejajar dengan tahap perkembangan menyeluruh kanak-kanak. TADIKA kami mengunakan satandart kurikulum KSPK yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
TADIKA Muzikal Ria beralamt di : -
No. 30, Taman Long Jafaar F 3/1,
Lorong Pakcik Ahmad, Taman Long Jafaar,
Perak Taiping
(05-808 1834)
PELAN LOKASI KE TADIKA
- Tadika Muzikal Ria telah ditubuhkan pada awal bulan Januari 2012. Tadika ini telah berdaftar dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Nombor pendaftaran tadika ini adalah SRJ 8413.
- Hari ini pelajar di tadika muzikal ria yang meliputi kanak-kanak berusia 5 dan 6 tahun seramai 50 orang. Lebih 200 orang pelajar telah mengikuti sesi pendidikan sejak tadika ini di tubuhkan.
HALAMAN DEPAN TADIKA
Menerajui pendidikan awal kanak-kanak yang progresif dan mampu dinikmati oleh semua masyarakat serta menyumbang ke arah kecemerlangan pendidikan awal kanak-kanak.

- Melahirkan insan yang berfikiran terbuka, kreatif dan inovatif.
- Membentuk kanak-kanak berperibadi unggul dan juga sering mendapat pencapaian akademik yang cemerlang.
- Membantu kanak-kanak membina keyakinan tinggi, berepengetahuan luas dan berdaya saing.
- Melaksanakan konsep tadika yang berteraskan kepada penguasaan pelbagai bahasa.
- Mengamalkan nilai-nilai murni dan menerapkan sifat positif dalam minda kanak-kanak.
PELAN LANTAI TADIKA
- Persekitaran Tadika Muzikal Ria menyediakan ruang yang selesa, menarik dan kemas untuk meransang proses pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak.
- Ruang persekitaran tadika dibahagikan kepada dua, iaitu ruang dalaman bangunan dan luar bangunan.
- Ruang dalamn bangunan meliputi ruang bilik darjah, penyediaan maknanan (dapur) dan bilik air.
- Bilik darjah dilengkapi dengan perabut yang bersesuaian dengan kanak-kanak dan jumlah pencahayaan yang cukup.
SUDUT ESTETIKA
SUDUT SAINS
SUDUT KOGNITIF
SUDUT BACAAN
SUDUT MENEROKA

SUDUT PEMBELAJARAN
DEWAN MAKAN
- Ruang luar bangunan pula adalah persekitaran luar bilik darjah termasuklah:
PUSAT TANAMAN
PUSAT PELIHARAAN HAIWAN
PUSAT MAINAN PASIR
PUSAT PERMAINAN LUAR
Ruang dalam bilik darjah Tadika Muzikal Ria dibahagikan kepada pusat pembelajaran tertentu bagi membolehkan:-
- Kanak-kanak nampak lebih jelas pilihan ruang bagi menjalankan aktiviti tertentu.Contohnya, pusat estetika dan daya kreatif bagi menjalankan aktiviti seni dan kraf.
- Pusat tersebut boleh digunakan bagi mempamerkan dan menyimpan alatan yang bersesuaian. Contohnya, alat perrmainan blok disimpan di rak pusat manipulatif. Kanak-kanak dapat memilih ruang kegemaran mereka semasa mereka menjalankan aktiviti bebas.

.jpg)












No comments:
Post a Comment